Sunday, 1 December 2013

8 perkara harus dipertimbangkan apabila membina rumah sendiri

Assalamualaikum..

Membina rumah sendiri di atas tanah sendiri adalah salah satu azam 2013. Saya tidak mengjangkakan ia mesti siap sepenuhnya pada tahun 2013 memandangkan kos membina rumah ini nanti hampir 100% dari poket saya sendiri.

Hati terdetik ingin memiliki rumah kampung memang sejak sekian lama lagi. Itu pun kalau ada rezeki lebih. 

Actually ada jugak google pengalaman orang lain membina rumah seperti di blog ini dan ini. Pengalaman mereka sedikit sebanyak ada persamaan, kecuali rumah mereka lebih cantik, gambar-gambar yang lebih detail, setiap sudut ada sahaja gambar diambil, dan probably mereka membina rumah dengan membuat pinjaman bank. Lain pulak dengan saya, rumah guna budget sendiri hasil simpanan bertahun-tahun dan mengguna gaji sepanjang proses pembinaannya. So, kalau bina rumah sendiri guna budget sendiri, what do you expect? Of course, style, size dan rekabentuk rumah pun ikut 'saiz' dan ketebalan duit juga, kan? Heheheh...

Sepanjang membina rumah ni, banyak perkara yang akan dilalui. Macam saya ni, first time buat rumah, and of course, banyak benda jadi 'first time'. Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1. Pastikan duit mencukupi atau lebih daripada kos membina rumah. Sebelum buat rumah ni, saya ada jugak tanya orang, mostly mereka kata kalau buat rumah sendiri, kalau ada RM80,000 tu, dah boleh duduk selesa dah. Dah kira complete. Tapi memandangkan rumah saya dibina di atas tanah yang agak becak, kos membuat foundation tu sangatlah mahal. So, make sure duit tu mencukupi, kalau tak, rumah akan terbengkalai.

2. Dapatkan pelan rumah. Membina rumah perlu ada pelan. Pelan rumah ni macam satu bentuk perancangan supaya apa yang kita kehendaki tu menjadi. Even, tukang rumah membina rumah berpandukan pelan. Tanpa pelan, nanti kang, sesuka hati tukang rumah tu. Macam kes saya ni, saya sketch dulu rekabentuk rumah beberapa kali sebelum finalise. Pelan tu jugak perlu jugak ikut budget. Kalau duit sikit, jangan berangan buat pelan rumah macam rumah banglo atas bukit. Ada jugak terjumpa website yang menjual pelan rumah seperti di http://www.architect8.com/ dengan harga sekitar RM200 - RM250. Kalau ada saudara-mara yang pandai lukis pelan, why not consult dengan mereka dan beli daripada mereka dengan harga 'saudara-mara'?

http://www.architect8.com/



3. Cari tukang rumah yang sesuai dan berpengalaman. Beberapa perkara yang perlu dititikberat bila memilih tukang rumah antaranya ialah dia mesti seorang yang mahir dan ada pengalaman membina rumah/perumahan/bangunan/airport dan sebagainya kerana mereka tahu selok-belok membina rumah ni. Tak boleh sembarangan nak pilih tukang rumah sebab banyak dengar dari pengalaman orang yang mana tukang rumah buat tak kemas, tak tegap, tak teguh, tak pandai bancuh simen, salah ukur, ambil upah mahal tapi kerja tak seberapa, ambil duit pendahuluan lepas tu lesap tak muncul-muncul, songlap duit dan sebagainya. Alhamdulillah jugak, tukang rumah saya tu memang ada pengalaman dan boleh 'baca' keinginan dan kehendak kita, boleh advice apa yang patut dan tak patut buat berdasarkan pengalaman, tahu kat mana nak beli bahan binaan yang berkualiti tapi murah, dan bijak menguruskan kos dengan cara yang berhemah. Bukan tu sahaja, dia adalah orang kampung saya jugak, so kos transportation tu tak ada sebab dia boleh balik ke rumah masa lunch. Kalau pilih orang luar dari perkampungan, definitely kos upah akan meningkat sebab mengambilkira kos untuk commute dari rumah ke 'tempat kerja'. Malah satu kelebihan tukang rumah sama kampung ni, if lah kan... kalau something happen yang tak diingini, senang nak cari dia.

4. Urus perbelanjaan pembinaan rumah sendiri atau serahkan kepada tukang rumah. Ada orang kata, ada beberapa cara untuk mengurus perbelanjaan pembinaan rumah. Sama ada serahkan kepada tukang rumah 100%, masuk rumah bila dah siap sahaja, ATAU kita sendiri yang pegang duit itu dengan cara membeli barang binaan rumah sendiri dan bayar upah tukang rumah. Dalam kes saya, tukang rumah prefer kalau saya beli bahan binaan sendiri sebab mungkin dia nak fokus membina rumah sahaja selain daripada belajar dari pengalaman yang lepas. Saya assume dia pernah ada pengalaman pahit membina rumah orang lain, therefore dia nak saya sendiri yang membeli bahan binaan. Pada mulanya agak payah sebab ini first time ok.. first time buat rumah! Tapi dengan tunjuk ajar dan nasihat dia, senang jugak. Dia cuma order barang, bila barang sampai, kita sendiri yang bayar. Memang elok macam tu sebab sepanjang membina rumah ni, setiap bil/invoice/delivery order semua saya simpan dan boleh track ke mana duit dibelanjakan. Dekat situ kita boleh tahu aliran wang kita.

5. Simpan semua resit pembelian dan rekodkan kos pembinaan. Tak tahulah orang lain macam mana, tapi saya ni ingin jugak tahu berapa kos pembinaan rumah ni especially kos bahan binaan dan kos upah tukang rumah. Certain people kata kos upah adalah equivalent dengan kos bahan binaan. Let's say, kalau kos bahan binaan ialah RM50,000, so kos upah pun RM50,000. Bila kita simpan dan rekod perbelanjaan, baru kita tahu sama ada apa yang orang cakap tu betul atau tidak. So far, kos upah untuk membina rumah saya tu was actually 30%-35% dari kos keseluruhan rumah. Mungkin tukang rumah tu consider yang saya ni sama kampung dan senang berbincang, so dia mungkin ada discount here and there. Well, itu kelebihannya bila tukang rumah sekampung... best kan?

6. Urus hal bekalan elektrik dan air. Dalam pada membina rumah tu, kena berurusan dengan SESCO dan Lembaga Air Kuching. Mengurus hal ni tidaklah rumah as long as ada geran/surat mengesahkan tanah itu milik kita. Once dah bayar dan berurusan dengan mereka, tunggu sahaja dalam seminggu dua, then baru ada elektrik dan air. Ada jugak orang sambung wayar dan hos kat rumah jiran sebelah. Ada jugak orang tunggu projek dari kerajaan atau guna private. Of course private ni mahal, tapi kita boleh dapatkan bekalan elektrik segera tanpa menunggu projek kerajaan yang mungkin mengambil masa yang lama. 

7. Fikirkan perabot dan aksesori rumah. Part ni kira last jugak lah sebelum pindah rumah. Ada jugak orang pindah rumah walaupun tak ada perabot, asalkan rumah sudah berlantai, ada elektrik dan air, itu sudah memadai. Macam saya ni, perabot masih digunakan di rumah sewa sekarang, manakala rumah baru tu, masih lagi kosong. Siap anak-anak saudara main badminton kat ruang tamu tu...Tapi alhamdulillah, dah almost sebulan kot saya dah makan minum tidur di situ. Kitchen kabinet pun dah siap. Cuma tak tahu bila nak pindahkan perabot-perabot yang tak perlu di rumah sewa ni ke rumah baru tu. Tunggu gaji bulan Disember nampaknya hehehe..

8. Pindah. Well, dah siap rumah, apa lagi? Jom pindah! Pindah pun satu hal. Dah lah rumah sewa jauh dari rumah kampung. Lori pun tak ada. Hanya mengharapkan kereta kecil tu sahaja untuk angkut barang-barang. Kalau ada saudara-mara yang ada lori dan pekerja-pekerja yang boleh angkat perabot, kan senang. Tapi sekarang ni, ada jugak orang perseorangan yang menyediakan perkhidmatan menyewa lori untuk tujuan pindah randah. Asal ada duit, semua boleh jalan.

Since end of March hingga lah ke saat ini, penat mengurus pembinaan rumah tu masih lagi terasa. Masih banyak lagi benda nak kena settle kan. Walaupun sekarang ni almost every week balik kampung sebab excited dapat duduk rumah baru, tapi keliling rumah perlu diuruskan - lampu luar rumah, kaki lima, longkang, tile luar rumah, car pouch, lawn dan outdoor lanskap. Memang syukur sangat, rumah hampir siap, duit pun habis. Macam orang-orang tua kata, nasi sudah masak, gas pun habis. Macam tu lah kes saya sekarang ni..

Now, makcik dah pokai! Azam tahun depan ialah nak simpan duit from zero balik.

Thank you for reading and care to comment.


8 comments:

  1. Brp kos upah kontraktor tu boleh detilkan ke?

    ReplyDelete
  2. tuan, nak tanya, untuk buat rumah menggunakan tanah sendiri dan duit simpanan memerlukan kelulusan dari jabatan tanah x? masalah saya, ayah saya dah buat rumah separuh siap. sekarang nak sambung buat dengan bekalan air n elektrik tp saya baru tahu yang ayah saya x pernah buat pelan rumah. Perlu kelulusan ke?

    ReplyDelete
  3. 16000 cukup tk buat umah kecik dan murah

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan pertimbangan yang perlu dilakukan sebelum membina rumah idaman. Sekadar berkongsi. Sesiapa yang nak DESIGN RUMAH pada harga DISKAUN juga boleh layari rekabentukrumah.com. Ianya Galeri Design Rumah Online terbesar di Malaysia. Ada lebih 100 design yang cantik-cantik. Sekadar berkongsi agar dapat membantu sesiapa yang memerlukan.

    ReplyDelete
  5. MEMPUNYAI TANAH & IMPIAN UNTUK MEMBINA RUMAH ATAU BANGLO IDAMAN?. KAMI MENAWARKAN KHIDMAT MEREKABENTUK BANGLO MENGIKUT CITARASA & BUDGET ANDA DENGAN KELULUSAN DARI PIHAK PBT BERKAITAN.
    ** HARGA PROMOSI HINGGA 31DISEMBER 2014
    Sebarang pertanyaan berkaitan sila telefon / whatsapp ke 019-2024649 atau emailkan kepada rekapelan@gmail.com
    *sebutharga dirunding

    ReplyDelete
  6. Boleh bumbung saya jika terminate buat rumah guna bata interlocking.0173630987

    ReplyDelete
  7. Entri yg menarik sbb sy pun ada planning nak buat rumah sendiri..baru2 nak cari info sekali jumpe blog awak ni..thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  8. Assalam tuan/ puan. Sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..jenis pekerjaan sy..membina baru atau menyambung rumah yg sedia ada,memasang tile,siling kapur,wayaring,plumbing,porch keta,bumbung rumah,grill dan owning,waterproofing,landskap dan kolam hiasan,vinyl floor dan wallpaper. Terbuka untuk kawasan bangi,kajang,putrajaya,serdang,cheras,ampang,puchong,kl,sepang,nilai.hubungi sy amir 0192945175 atau wssp sy 01129110298

    ReplyDelete

Please leave your comments

Shopping di Amazon.com