Saturday 19 May 2012

5 Jenis makanan yang perlu dielakkan

Assalamualaikum

Pernah tak kita terfikir ada sesetengah makanan boleh memberi kesan yang tidak baik tanpa kita sedari? Semakin meningkat umur kita, ada baiknya kita awasi kandungan di dalamnya. Banyak lemak ke? Banyak kandungan gula/garam ke? Terlebih makan makanan tersebut boleh menyebabkan penyakit ke? 

Kita mungkin tidak terfikir apa penyakit yang akan kita hidapi bila sudah tua nanti. Sesetengah penyakit disebabkan oleh gaya pemakanan dan gaya hidup kita sekarang ini. Salah satu cara untuk memastikan kehidupan tua kita dalam keadaan yang baik adalah dengan menjaga pemakanan kita.

Mungkin sudah tiba masanya kita bersikap memilih apa makanan yang akan masuk ke dalam perut kita. Mungkin juga kita cuba kurangkan pengambilan makanan-makanan tertentu. Contohnya:

1. Makanan segera
Ada pelbagai jenis restoran makanan segera yang ada di Malaysia (sesetengah restoran makanan segera ada di Semenanjung Malaysia, tetapi tiada di Sabah/Sarawak). Dikatakan makanan segera boleh menggemukkan.

2. Minuman berkarbonat
Minuman berkarbonat atau bergas ni sering dikatakan mengandungi banyak gula. Ada baiknya pengambilannya dikurang. Perbanyakkan minum air kosong.

3. Makanan ringan
Biasanya junk food ni banyak pewarna la, banyak perisa laa (MSG), dimomok (memang betul pun) kalau makan junk food nanti otak lembab etc. Not good not good!

4. Makanan yang diproses termasuk mi segera
Siapa yang tak dapat nak elak daripada mengambil makanan yang diproses dan mi segera? Yang ni selalu jugak saya angkut dari freeze kat supermarket. Sosej, nugget, fries, atau apa-apa aje food sejuk beku tu. Dalam tu maybe macam2 jenis bahan utk kasi makanan tu boleh bertahan lama.

5. Apa2 sahaje yang dirasakan categorized unhealthy food
Bunyi macam drastik aje, kan? Bukan tak makan langsung, tapi sekurang2nya cuba kurangkan dari consume setiap minggu kepada dua kali sebulan. Nanti dah lama2, biasalah tu, sampai lah ke peringkat tak nak menjamah langsung.

Shopping di Amazon.com