Tuesday 30 October 2012

Moomba Waterfest 2007

Assalamualaikum!

Sekarang ni selalu hujan kan kat Kuching ni??? Hilang jerebu.. kalau tak mesti selalu sakit tekak, batuk, demam dan ashma.

Best jugak selalu hujan, tak payah lah siram tanaman dan bungee kat luar rumah tu :p. Jimat air jugak!

Ni dah sebut pasal hujan... airr... ni saya nak share pulak Moomba Waterfest Festival 2007 di Melbourne. Moomba Festival ni ada history yang tersendiri. Untuk tahun 2013, it might be different from what they have in 2007 laa... more info click here

Setiap tahun mesti ada event ni. Mostly events ketika tu lebih kepada water sport dan other kinds of activities lahhh...Tak banyak sangat pic diambil, well, dah kat sana sometimes I tend to take for granted la jugak. Ni Woomba Festival in 2007. Insya Allah next next next entry kita taruh pic banyak2...

Just enjoy whatever I have je laa ehh..
Funfootball untuk budak-budak
 Semasa Woomba Waterfest ni, mereka sediakan macam-macam aktiviti e.g funfootball, ada jugak buat ala2 beach volleyball etc...
Beach volleyball...kalau tengok dekat pemain2nye... seriously hensem sehhh

Till then, thank you for reading!

Wassalam



Sunday 28 October 2012

12th FINA World Championship Melbourne 2007

Assalamualaikum...

Entri kali ni masih lagi berkisar kehidupan saya di Melbourne. Sepanjang duduk kat sana, so berpeluang la jugak merasa kemeriahan dan suasana 12th FINA World Championship Melbourne walaupun tak tengok dengan mata kepala sendiri events tersebut.

FINA tu apa? Ok, FINA atau nama panjangnya Fédération Internationale de Natation merupakan pertandingan beberapa jenis sukan akuatik seperti water polo, diving, swimming, open water swimming dan jugak synchronized swimming. Dalam banyak2 aquatic sport ni, saya suka  synchronized swimming.



Selain tu jugak, every time ada event seperti ini, mereka akan menyediakan official merchandise kot-kot ada yang nak beli souvenir sebagai kenang-kenangan. Saya tak beli apa2 waktu tu, cukuplah kenangan terindah terakam di kamera murahku ini :p
 

Antara poster (ye ke poster? entah lah apa2 je la you call it), yang ada disepanjang path tepi Yarra river di Federation Square, Melbourne. Sayangnye tak banyak poster (apa2 je la) diambil ketika ni. Maklumlah tak pernah terfikir nak ada blog cam ni LOL

Cantiknya formation dalam air tuuuu..

Till then, see you next entry!

Wassalam


Thursday 25 October 2012

Malaysian Welcoming BBQ by Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM)

Assalamualaikum...

Apa kabar?

Ok, entri kali ni saya nak share skit tentang kemeriahan Malaysian Welcoming BBQ yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM) . Memang seronok bila dapat berjumpa dengan Malaysians yang datang dari pelbagai ceruk Melbourne ni.
banyaknyeee chicken wings... rasa nak makan sebesen tu jer.. ishh melampau gilee selera ko!

Sambil-sambil berkenalan dan bersembang dengan other Malaysians yang tinggal / study / kerja / apa jua sebab mereka perlu berada di Melbourne, sambil-sambil tu jugak boleh meratah chicken wings, sosej etc.. They're all F.O.C (free of charge)!!! Makan la sepuas-puasnye.... Bila dah kenyang, tolong-tolong la members KUAM panggang sayap ayam... jangan makan je. Kesian abang tu...entah2 tak makan lagi hehehe..

Welcoming BBQ ni dibuat kat sebuah park yang tak jauhhh dari Docklands (please refer last entry). Naik je free City Circle tram, pastu menapak la sikit ke park tu laaa... exercise kasi perut lapar skit, baru best dapat ratah wings tu semua... Kat park tu ada disediakan kemudahan untuk ber-BBQ ni, so tak susah lahhh...Memang best laaa... walaupun nampak je panas, tapi actually sedap je makan ayam di bawah cahaya matahari sebab tak panas sangat sampai berpeluh-peluh.


Ok, ni another sculpture yang unik ada di park tersebut. Macam jarum untuk menjahit atau semat kat tudung je rupanyeee..kan?

Sebelum tu, those yang belum jadi ahli KUAM, boleh la register kat official website KUAM dan join la apa jua aktiviti yang disediakan.. pasti korang tak rasa homesick kat sana!

Thank you for reading. Love you!

Saturday 20 October 2012

Mendulang emas di Sovereign Hill @ Ballarat, Melbourne, AUSTRALIA

Good day mate!

Haaa... tu style Aussie greet people...kita, Assalamualaikum! Pa kabar tek pok? - ni style orang Sarawak lak...

Ok Straight to the point...hari ni nak update entri pasal my visit ke Ballarat. So Ballarat ni kira outskirt dari Melbourne city lah. Kalau kita dari KL, macam nak pegi ke Nilai atau Salak Tinggi, atau kalau dari bandar Kuching, rasa macam nak pegi area Trombol atau pun Rambungan. Sambil baca tu, imagine sekali la ehhh...

I have been here several times. So for this entry, it was my first time lah.. Masa tu kawan dari University of Queensland (UQ), Brisbane datang jalan2 Melbourne. My new friend masa tu, bernama Am suggested pegi Ballarat. So those yang dari UQ ni ialah Jem (my colleague now) dan (errrgghhh tertiba lupa nama, yang pasti dia adik kepada salah seorang bekas penyanyi V.E), dan my friend from Bundoora too, Tasha. Five of us all together.

Since Am ni dah kira lama di Melbourne ni, so he drove us to Ballarat, seperti gambar di bawah. Perjalanan approx. 1 hour jugak lah. Bila drive sambil bersembang, gelak-gelak, ambik gambar sepanjang jalan... tak sedar dah nak sampai.

Driver kami: (Ustaz rock) Am, seorang yang peramah dan senang bila berkawan dengannya..
 Along the way to Ballarat, macam tu la pemandangannya. Tapi ni di awal perjalanan. Kiri kanan ada residential areas, jalan sikit ada tanah lapang yang luas, pastu rumah setompok2... bukit-bukit landai, sometimes ternampak sekelompok lembu dan kambing biri-biri tengah tekun makan rumput, creeks dan sebagainya....

EUREKA: The Australian Centre for Democracy. Gambar ni diambil masa dalam kereta, that's why quality pic tak best :(
Yang ni pulak, seperti caption di dalam gambar, tak sah kalau tak singgah sekejap kat sini, tak pun ambil gambar ke.. ni dipanggil EUREKA. Further reading, please go here 

So actually ada pameran di EUREKA ni. Tapi bukan kat dalam ni la.. dia ada bangunan yang lagi satu tuuu...


Tadaaaa!! 
Kita dah sampai... sorry gambar main entrance kita tak der... just enjoy what they have in here...



Ok.. sambil-sambil menghayati pics ni semua, of course we need some info about Sovereign Hill and its history. I got the info from its official website

It's just like stepping back in time to goldrush Ballarat during the 1850s - from the hustle and bustle of Main Street where costumed ladies and gents parade their new-found wealth, to the excitement of the Red Hill Gully Diggings where visitors pan for real gold and it's 'finders keepers'!

Gambar seterusnya... nampak tak two Malaysians sambil memerhati "apa ke bendanye tu?".. tu Am dan Tasha. Kami bertiga masuk ke dalam Red Hill Gully Diggings ditemani pekerja mereka untuk menikmati bagaimana emas diperolehi pada tahun 1850s ketika itu... ambil gambar kena guna flash sebab gelap kat dalam tu...

Red Hill Mining

 Sekitar pemandangan gold rush mining...



 Yang pakai baju hijau sambil tangkap gambar tu, itu Latif (haa baru skrg ingat nama adik kpd bekas penyanyi V.E)... nampak tak nampak tak??


Gambar atas ni konon-kononnya kita experience mendulang emas lahhh.. macam mendulang bijih timah jugak... sometimes ada jugak nampak cebisan2 halussssss sesangat emas dalam dulang tu... you can keep them.


 Mendulang la sampai ke petang...manalah tau hasilnya boleh buat rantai sebesar rantai kapal LOL


Kalau nak rasa naik keta kuda, boleh je kat sini. Tapi jangan hairan laa kalau jalan-jalan sekitar ni, kita akan terbau najis kuda. Walau bagaimanapun, mereka ada pekerja yang akan buang najis tersebut. Gaji buang najis kuda approx. AUD2,000.



 Yang ni, tak ingat diorang sedang mengerumuni apa... layan je laa...

Tau tak apa ni??? Cuba teka cuba teka??... ni tempat main bowling masa zaman koboi dulu... dah boring gali emas, so sesekali main bowling pulak... Kat sini boleh lerr try main bowling...



 Besides, kita boleh masuk ke dalam kedai2 yang ada di sini sambil2 bergambar dengan mereka ni... saya kat sebelah pompuan pakai topi...yang just nampak 1/100 bahagian badan je tu :))

 

Dah penat jalan2 sebab dah tak tau nak buat apa, kami panjat "something-that-I-don't-know-what-is-it" nak tengok pemandangan dari atas.




 And... that's me! Terkenang kampung halaman :(



sekian, selamat berhujung minggu :)
Wassalam!


Menghirup udara segar di Docklands, Melbourne, AUSTRALIA

Assalamualaikum...

Entri kali ni, saya nak crite skit pengalaman hidup di Melbourne, three years ago! Uiishhh kira dah basi tu.. LOL

Ahhh tak kisah lah, basi ke tak basi ke, but it's still relevant for those travelers yang nak datang ke Melbourne, kan? (Saya kat Kuching skrg ni :p )

Ok...kalau kat Kuching, kita ada Kuching Waterfront, kan? Macam tu jugak kat Melbourne. Waterfront mereka dipanggil Waterfront city, Docklands. So kat situ kita akan nampak banyak la bot-bot nelayan.. ehhh ehhh tipu je.. bot-bot mewah la jugak, di samping ada restaurants, tempat lepak2 dan sculptures yang menarik!

Sambil-sambil bercerita tu, meh layan beberapa gambar di sekitar Docklands tu ye.

Macam ni lah rupa Docklands once you turun dari tram
Bangunan yang tinggi-tinggi tu, kira macam apartment/tempat tinggal lah..

Kat sini kita boleh cycling ke, jalan kaki pun boleh sambil tangan tangkap gambar
Hidup kat Melbourne ni relax je rasanya... kalau rindu Kuching Waterfront, boleh je datang sini.  Tapi jangan la harap ada orang jual Laksa Sarawak ke, Three Layer Tea ke, ayam pansuh ke, atau gambir terjual di sini. Biasanya mereka kalau nak jual makanan, mereka takkan jual kat tepi jalan. Sambil-sambil tu, enjoy la weather nya yang nyaman dan menyegarkan, bleh ambil gambar macam model sebab angin tiup rambut atau tudung menambahkan kejelitaan kalian.

Tak tau apa nama burung ni, tapi burung ni senang je nampak kalau jalan2 kat Melbourne city dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya... macam nak azan lak! ahak
Ok, burung ni actually nampak jinak, tapi tak bleh la nak tangkap. Cuma boleh tangkap gambarnya aje..

See.. see... macam tau plak saya nak ambik pic dia. Pandai betul posing :))

Apa kes ni? Ni la sculpture, ada cerita di sebaliknya, tapi layan je lah.. wow!!
Ni "Cow Up a Tree"... sebuah public sculpture. Just take a pic, you don't have to pay. Menarik kan? Kalau tak silap dari pembacaan kat bawah tu, ia ada kaitan dengan banjir yang berlaku di Australia. Korang ingat tak pasal kapal semasa tsunami di Banda Aceh tu yang kini menjadi tanda ingatan tsunami melanda Aceh? Kira lebih kurang macam tu laaa...

Ok, cerita di sebalik 'lembu atas pokok' tadi. Kalau boleh teropong, memang korang the HEBAT one
So tak nak cerita panjang2, takut lak I give you wrong info or I make up a Malay version story pasal lembu tu lak. Tak pasal2 tercerita sempena bulan raya Korban ni, tu lembu lari takut kena sembelih, pastu lompat atas pokok lak.

So further info, you can go here about "lembu atas pokok ketapang"... eeehhh ehhh pepandai je bagi nama pokok ek??

Macam ni rupa sekitar Docklands ni


See... see "bot-bot nelayan" parking kat situ...

How to get there?
Senang aje... saya naik perahu tambang je... aikkk loyar buruk plak! hahaha saje je usik korang. Oleh kerna tak der kereta Kancil 850 ku kat sini, naik tram je la.. Since I duduk kat area Bundoora, so kalau nak ke city, naik tram no 86, so tram ni akan direct terus ke Docklands, the last stop. So turun la. Kalau nak other option nak ke Docklands, meh read from here



What you can do here?
Instead of ambil gambar, dating dengan boyfriend/girlfriend, boleh je buat parti ke, treat it as a meeting point dgn blind date ke, sambut raya ke, picnic ke... it's up to you lah, tapi jaga lah adab kita bila di tempat orang. So macam pic yang kat bawah ni, kedengaran dari jauh, rasa nak bergelek arab jugak dibuatnya...Anak2 omputih pun enjoy the sexy Arab belly dance and the music!


Ok, sampai sini je... happy "traveling" :)

Wassalam

Shopping di Amazon.com