Saturday, 20 October 2012

Menghirup udara segar di Docklands, Melbourne, AUSTRALIA

Assalamualaikum...

Entri kali ni, saya nak crite skit pengalaman hidup di Melbourne, three years ago! Uiishhh kira dah basi tu.. LOL

Ahhh tak kisah lah, basi ke tak basi ke, but it's still relevant for those travelers yang nak datang ke Melbourne, kan? (Saya kat Kuching skrg ni :p )

Ok...kalau kat Kuching, kita ada Kuching Waterfront, kan? Macam tu jugak kat Melbourne. Waterfront mereka dipanggil Waterfront city, Docklands. So kat situ kita akan nampak banyak la bot-bot nelayan.. ehhh ehhh tipu je.. bot-bot mewah la jugak, di samping ada restaurants, tempat lepak2 dan sculptures yang menarik!

Sambil-sambil bercerita tu, meh layan beberapa gambar di sekitar Docklands tu ye.

Macam ni lah rupa Docklands once you turun dari tram
Bangunan yang tinggi-tinggi tu, kira macam apartment/tempat tinggal lah..

Kat sini kita boleh cycling ke, jalan kaki pun boleh sambil tangan tangkap gambar
Hidup kat Melbourne ni relax je rasanya... kalau rindu Kuching Waterfront, boleh je datang sini.  Tapi jangan la harap ada orang jual Laksa Sarawak ke, Three Layer Tea ke, ayam pansuh ke, atau gambir terjual di sini. Biasanya mereka kalau nak jual makanan, mereka takkan jual kat tepi jalan. Sambil-sambil tu, enjoy la weather nya yang nyaman dan menyegarkan, bleh ambil gambar macam model sebab angin tiup rambut atau tudung menambahkan kejelitaan kalian.

Tak tau apa nama burung ni, tapi burung ni senang je nampak kalau jalan2 kat Melbourne city dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya... macam nak azan lak! ahak
Ok, burung ni actually nampak jinak, tapi tak bleh la nak tangkap. Cuma boleh tangkap gambarnya aje..

See.. see... macam tau plak saya nak ambik pic dia. Pandai betul posing :))

Apa kes ni? Ni la sculpture, ada cerita di sebaliknya, tapi layan je lah.. wow!!
Ni "Cow Up a Tree"... sebuah public sculpture. Just take a pic, you don't have to pay. Menarik kan? Kalau tak silap dari pembacaan kat bawah tu, ia ada kaitan dengan banjir yang berlaku di Australia. Korang ingat tak pasal kapal semasa tsunami di Banda Aceh tu yang kini menjadi tanda ingatan tsunami melanda Aceh? Kira lebih kurang macam tu laaa...

Ok, cerita di sebalik 'lembu atas pokok' tadi. Kalau boleh teropong, memang korang the HEBAT one
So tak nak cerita panjang2, takut lak I give you wrong info or I make up a Malay version story pasal lembu tu lak. Tak pasal2 tercerita sempena bulan raya Korban ni, tu lembu lari takut kena sembelih, pastu lompat atas pokok lak.

So further info, you can go here about "lembu atas pokok ketapang"... eeehhh ehhh pepandai je bagi nama pokok ek??

Macam ni rupa sekitar Docklands ni


See... see "bot-bot nelayan" parking kat situ...

How to get there?
Senang aje... saya naik perahu tambang je... aikkk loyar buruk plak! hahaha saje je usik korang. Oleh kerna tak der kereta Kancil 850 ku kat sini, naik tram je la.. Since I duduk kat area Bundoora, so kalau nak ke city, naik tram no 86, so tram ni akan direct terus ke Docklands, the last stop. So turun la. Kalau nak other option nak ke Docklands, meh read from here



What you can do here?
Instead of ambil gambar, dating dengan boyfriend/girlfriend, boleh je buat parti ke, treat it as a meeting point dgn blind date ke, sambut raya ke, picnic ke... it's up to you lah, tapi jaga lah adab kita bila di tempat orang. So macam pic yang kat bawah ni, kedengaran dari jauh, rasa nak bergelek arab jugak dibuatnya...Anak2 omputih pun enjoy the sexy Arab belly dance and the music!


Ok, sampai sini je... happy "traveling" :)

Wassalam

No comments:

Post a Comment

Please leave your comments

Shopping di Amazon.com