Apa kabar?
Ok, entri kali ni saya nak share skit tentang kemeriahan Malaysian Welcoming BBQ yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Australia Melbourne (KUAM) . Memang seronok bila dapat berjumpa dengan Malaysians yang datang dari pelbagai ceruk Melbourne ni.
banyaknyeee chicken wings... rasa nak makan sebesen tu jer.. ishh melampau gilee selera ko! |
Sambil-sambil berkenalan dan bersembang dengan other Malaysians yang tinggal / study / kerja / apa jua sebab mereka perlu berada di Melbourne, sambil-sambil tu jugak boleh meratah chicken wings, sosej etc.. They're all F.O.C (free of charge)!!! Makan la sepuas-puasnye.... Bila dah kenyang, tolong-tolong la members KUAM panggang sayap ayam... jangan makan je. Kesian abang tu...entah2 tak makan lagi hehehe..
Welcoming BBQ ni dibuat kat sebuah park yang tak jauhhh dari Docklands (please refer last entry). Naik je free City Circle tram, pastu menapak la sikit ke park tu laaa... exercise kasi perut lapar skit, baru best dapat ratah wings tu semua... Kat park tu ada disediakan kemudahan untuk ber-BBQ ni, so tak susah lahhh...Memang best laaa... walaupun nampak je panas, tapi actually sedap je makan ayam di bawah cahaya matahari sebab tak panas sangat sampai berpeluh-peluh.
Ok, ni another sculpture yang unik ada di park tersebut. Macam jarum untuk menjahit atau semat kat tudung je rupanyeee..kan?
Sebelum tu, those yang belum jadi ahli KUAM, boleh la register kat official website KUAM dan join la apa jua aktiviti yang disediakan.. pasti korang tak rasa homesick kat sana!
Thank you for reading. Love you!
No comments:
Post a Comment
Please leave your comments